LakiBiniProduction

LakiBiniProduction
letsgOtravel

Thursday, February 14, 2013

Pernah hati hidup di persimpangan.
Simpang yang aku sendiri tidak punya jawapan.
Hingga aku mula rasa lemas.
Hingga aku mula rasa sesak.

Aku sedar aku meminta sesuatu yang bakal buat hidup aku berubah.
Aku mohon agar Tuhan beri aku petunjuk.
Sungguh.
Aku sangat perlukan jawapan.
Untuk soalan yang aku sendiri kurang jelas.

Aku berjalan.
Terus berjalan.
Hanya untuk mencari jawapan.

Akhirnya aku terdiam.
Adakah aku sudah tidak yakin pada Allah.
Adakah aku sudah lupa akan rencana Allah itu sungguh hebat.
Adakah aku merasa diriku hebat untuk menetapkan segala lorong mengikut kehendak?

Aku terdiam lagi.
Nyata hati aku masih berdetik.
Apa lagi yang aku harap.
Apa lagi yang aku harus minta minta.

Mengapa perlu aku mengikut rasa hati yang hanya kecil.
Apakah rasa cinta itu sungguh penting dalam hidup.
Apakah rasa cinta antara manusia itu terlalu hebat?

Kenapa perlu untuk aku berduka.
Kenapa perlu aku bersedih.
Tidak malu kah aku.
Tidak malu kah aku.
Tidak malu kah aku.
Meminta minta suatu perkara hingga aku lupa perkara yang lain.

Ya Allah.
Aku benci akan rasa hati.

Kadangnya aku bernafas dengan lancar.
Kadangnya juga aku seakan menghirup lumpur.

Mungkin kah aku bisa melupakan,.
Mungkinkah....


Thursday, January 3, 2013

Tepuk Di sebelah tangan.

Kau pernah rasa?
Rasa bila hanya kau sahaja yang menghantar sms.
Kalau kau diam, maka jangan harap lah dia menghantar sms bertanya kan kabar.
Kau pernah rasa?
Bila kau sms,  kemudiannya, ringkas bagai hendak atau tidak hendak dia membalas?
Kau pernah rasa, bila hanya kau yang bertanya, dan dia hanya meng iya kan?
Kau pernah rasa?
BIla kau sms dia bagai mengharap perbualan itu ditamatkan segera?

Terasa bodoh bukan?
Hanya asyik kita sahaja yang memulakan.
Kawan kah begitu?
Sahabat kah begitu?

Terasa juga lelahnya jiwa.
Mungkin hanya aku yang bertepuk sebelah tangan.
Mungkin hanya aku yang mengharapkan dia.
Mungkin aku hanya menggangu dia.
ERgh
Aku bosan dengan segala tanggapan sedemikian.
Tapi andai benar dia mahu jadi sahabat ku
Kenapa tidak dia seperti rakan rakan yang lain?

Hmm.
Tidak mengapalah.
Andainya kau bahagia begitu.
Andainya kau hidup itu juga sudah cukup baik.
 Namun jika suatu hari kelak kau mahu aku, aku akan cuba berada disisi kau,
Itu janji aku.