LakiBiniProduction

LakiBiniProduction
letsgOtravel

Thursday, January 3, 2013

Tepuk Di sebelah tangan.

Kau pernah rasa?
Rasa bila hanya kau sahaja yang menghantar sms.
Kalau kau diam, maka jangan harap lah dia menghantar sms bertanya kan kabar.
Kau pernah rasa?
Bila kau sms,  kemudiannya, ringkas bagai hendak atau tidak hendak dia membalas?
Kau pernah rasa, bila hanya kau yang bertanya, dan dia hanya meng iya kan?
Kau pernah rasa?
BIla kau sms dia bagai mengharap perbualan itu ditamatkan segera?

Terasa bodoh bukan?
Hanya asyik kita sahaja yang memulakan.
Kawan kah begitu?
Sahabat kah begitu?

Terasa juga lelahnya jiwa.
Mungkin hanya aku yang bertepuk sebelah tangan.
Mungkin hanya aku yang mengharapkan dia.
Mungkin aku hanya menggangu dia.
ERgh
Aku bosan dengan segala tanggapan sedemikian.
Tapi andai benar dia mahu jadi sahabat ku
Kenapa tidak dia seperti rakan rakan yang lain?

Hmm.
Tidak mengapalah.
Andainya kau bahagia begitu.
Andainya kau hidup itu juga sudah cukup baik.
 Namun jika suatu hari kelak kau mahu aku, aku akan cuba berada disisi kau,
Itu janji aku.

No comments:

Post a Comment