LakiBiniProduction

LakiBiniProduction
letsgOtravel

Monday, December 17, 2012

Di belakang setiap Lagu.

Tidak bisa meluah sesuatu.
Bukan tidak bijak.
Cuma tidak tepat dengan jiwa.
Memilih untuk mendengar.
Kalanya terkena.
Kadangnya jauh dari hati.

Sungguhnya kenangan itu bukan sesuatu untuk dilupakan.
Mahupun dibuang.
Cuma aku tidak perlu tenggelam ke dalamnya.

Ada masanya hati aku terusik.
Bagai mengata sesuatu tentang lagu ini.


Namun untuk suatu ketika perjalanan hidup aku itu masih juga tidak tepat dengan lagu tersebut.

Langsung aku teringat akan nya.
Aku rasa jiwa lebih selamat untuk lagu ini :


Lebih ceria rasa hidup ku.
Aku pejamkan mata.
Aku yakin.
Segala itu susunan Tuhan.
Tapi pabila aku mula yakin.
Hati ku kembali rapuh .
Bait bait lagu itu menghentam detik jiwa ku.
"...moga Tuhan tarik nyawamu agar tiada yang bisa milikimu"

Derai air mata.
Mohon aku redha dengan ketentuan.
Aku sudah cukup punya kehidupan yang sempurna.
Sesuatu yang ku pilih.
Malah ku usaha kan.
Ujian Allah itu sangat besar sekali.
Ku gagahi menghadapi kerana aku yakin.
Allah itu Maha Mendengar.
Allah itu Maha Menyayangi.
Allah Maha Mengetahui setiap satu satunya.

Lagu itu banyak.
Terlalu banyak.
Masakan aku lari.
Bisakah aku buang.
Sedangkan setiap lagu itu di mainkan di corong radio.
Tak mungkin aku hidup di gua gua tanpa media untuk keseluruhan hidup.
Aku teruskan bangun.
Aku live and live with joy.

Aku hanya bersama kau.
Hanya ketika aku berdoa pada Tuhan.
Tuhan jaga kan kau.

Aku bersama dia dengan redha nya.
Suatu yang tertulis untuk ku di Luh Mahfuz barangkali.
Tidak mungkin aku berpatah kembali.

Pepatah lama pernah berbunyi :
Jangan ditinggalkan seseorang hanya kerana sesuatu yang kita inginkan. Kelak pasti celaka.

Pendirian aku juga tegas. Tidak akan aku buang setiap yang di sisi hanya kerana isi hati.
Kau yang terindah.
Kau yang di hati.
Namun cukup hingga di situ.
Kau segar dalam doa ku,
selebihnya kau sahabatku...


No comments:

Post a Comment