Si kawan yang ke Bintang.
Aku punya kawan.
Mungkin sampai ke bintang.
Mungkin juga sudah ke Pluto.
Jauh jaraknya.
Bukan aku mengata.
Cuma aku memerhati.
Lagaknya.
Lenggoknya.
Bukan bermaksud aku meneliti susuk tubuhnya.
Tidak mungkin aku membuat demikian kepada kawan ku.
Sepertinya dia disambar si petir cinta.
Banyak rubahnya.
Aku makan. Dia juga makan.
Aku masih makan. Dia kerap memerhati telifon bimbitnya.
Ah. Kuno sangat bunyinya.
Dia dengan Iphone.
Asyik senyumannya.
Bagai si Angelina Jolie muncul dari skrin Iphone.
hahaha.
Aku biarkan.
Itu privasi kawan aku.
siapa lah aku untuk menyakat itu.
Kami berlalu ke parkir kereta.
Dia terus berjalan
Dalam senyum.
Indah juga kalau berjalan dalam iman.
Terus.
Hingga melangkaui parkir kereta yang sepatutnya.
Aku memekik.
"Kot iya pun tengah bercinta"
Indah sungguh cinta.
"Indah" barangkali.
Buat kan manusia tunduk kerana suara.
Suara yang hanya diri sendiri bisa dengar dengan jelas.
Suara yang halus . Tapi cukup mengongkong diri.
Si suara hati.
Iya. iya.
Kalau aku di depan.
Mungkin kadangnya kau masam muka.
Tapi jika "dia" rasanya kau senyum hingga ke telinga.
Untuk kawan mungkin janji pagi lewat hingga satu jam atau dua jam.
Tapi untuk "dia".
On time itu berlaku.
punya mesin detik yang tepat untuk hati.
Aku senyum lagi.
Aku harap tiba masa untuk dia seperti aku.
Si kawan yang berumah tangga.
No comments:
Post a Comment