LakiBiniProduction

LakiBiniProduction
letsgOtravel

Monday, December 24, 2012

Hidup anak metropolitan.

Dia si anak metropolitan.
Panggilan hanya maustatinnya.

Lembut mata manusia melirik.
Melihat dia sebagai anak Kuala Lumpur.
Dek kerana loghat.
Pemakaiannya ala ala si gadis ranggi.

Namun jauh di sudut hati si Dia.
Dia hanya asal usul si anak kampung.
Kecilnya menghirup udara segar kampung.
Di besarkan oleh nenda.
Penuh dengan adab Melayu.
Di situ lah kaki nya terluka dihiris lalang-lalang.
Namun tidak menyentap sedikit pun senyumnya.
Bermain di laman rumah nenda.
Tanpa dibalut mana mana sepatu.
Hanya rasa riang sebagai kanak-kanak kampung.
Terlalu banyak hingga si Dia lupa mencoret.

Sekembalinya di kota metropolitan
Demi pelajaran
Demi masa bersama bonda dan abah.
Ilmu bermacam di timba.
Banyak baiknya.
Banyak juga buruknya.
Se akan kandungan udara yang dihirup.
Kalanya bersih. Kalanya penuh debu.
Begitu juga hidup si dia.

Cinta. Persahabatan. Kekeluargaan.
Semunya ditimba.
Hingga ada kalanya terlupa. Terlupa untuk menapis setiap hasilnya.
Tapi kini anak metropolitan itu berjaya mengharungi.
Berjaya barangkali.
Jika dibanding anak anak metropolitan lain.
Ke hulu dan ke hilir dengan lagak rambut perangnya.
Air berkarat kata si mulut orang tua.

Anak metropolitan itu tersenyum sendiri.
Mengenang kisah kecilnya.
Bagai menyingkap diari kecilnya.

Bila pulang kembali ke kampung di hujung minggu.
Dia kembali belajar.
Menyarung but ala ala Phua Chu Kang.
Mengikuti langkah bonda dan abah ke kebun.
Terbit rasa bangga.
Abah pegawai besar di kota.
Bonda sebagai guru yang mulia .
Tidak lupa untuk berbakti pada tanah di kampung.
Apakah perlu aku yang tidak punya apa apa mendabik dada memandang langit?
Apa perlu aku hanya mendongak dek segulung ijazah tanpa kerja yang belum pasti ?

Si anak metropolitan kacuk itu menyoroti langkah bonda dan abah.
Timbul rasa melonjak bila melihat anak-anak pokok getah yang kian subur dan dua kali ganda tiga dari aku.
Detik hati aku.
Bijak sekali orang tua ku.
Menyusun langkah menghadapi zaman pencennya.
Apakah aku akan punya pemikiran yang sama kelak?
Atau hanya membiarkan diriku di sara oleh duit-duit pencen?
Hm. Desus hati kecil.
Entah entah aku suda mati waktu itu.

Lamunan yang tersentak oleh panggilan abah.
"Hari ini kita baja pokok. Gembur kan tanah. Tengok-tengokkan anak pokok tu hidup ke tidak."

Anak metropolitan itu hanya mengangguk.
Tersenyum riang. .

Desis hati kecilnya.
"Aku akan belajar jadi penoreh getah suatu hari nanti.."

2 comments: